Selasa, 6 Julai 2010

Sirih Pinang

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.
Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Batuk Selsema - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan, terutamanya untuk anak kecil.

Bengkak Gusi - Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih. Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.

Bisul - Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.
Buntut Kawah - Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan selepas digunakan.
Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.
Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.
Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.
Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.
Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.
Ketiak Hitam - Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.
Kurap - Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.
Kutil - Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.
Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.
Pancing Cicak - Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan siling rumah. Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil, cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan perlahan-lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.
Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.
Perut Lembu - Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum.
Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat. Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.
Tampal Perut - Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat (minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi kecut.
Ulu Hati - Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada.
Zahir Batin - Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.
Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.
Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.
Barah Rahim - Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim memalui lubang faraj.
Bengkak Gusi - Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera.
Kurap - Campurkan satu camca gambir dengan empat camca pati santan tua dan sapukan pada kurap, untuk beberapa hari berturut-turut. Penyakit itu akan sembuh.
Gatal Keladi - Untuk mengelakkan gatal keladi, masukkan beberapa kacipan pinang ke dalam rebusan atau masakan.
Gigi Kuat - Mengunyah secebis kacipan pinang akan menambah kuat lagi gigi, selain dari amalan mengosoknya sebelum masuk tidur.
Jeragat - Buah pinang masak dikupas kulitnya dan dikacip isinya. Sapukan kacipan pinang tersebut pada kulit muka yang bertompok-tompok hitam. Lakukan dua kali sehari sehingga betul-betul pulih.
Karat Gigi - Sebiji pinang tua dikeringkan dan kacip halus. Goreng sangan (tanpa minyak) hingga hangus. Gunakan serbuk pinang tersebut untuk menggosok gigi dengan jari telunjuk semasa menggosok, hasilnya karat akan hilang dan gigi akan bertambah putih.
Kembung dan Senak Perut - Pinang muda ditumbuk halus dicampurkan dengan hati abu, arang dari puntung kayu dan cucur atap dan bedakkan pada perut.

Kurus Badan - Buah pinang dihiris tipis dan jemur hingga kering. Tumbuk lumat menjadi serbuk. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas dan minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.
Mabuk - Pinang muda dikunyah bagi menghilangkan rasa mual dan mengelakkan muntah.
Minda - Amalan mengunyah secebis pinang juga boleh menguatkan daya fikir dan kosentrasi minda seseorang.
Penyakit Kuning - Ambil tujuh biji buah pinang masak yang telah luruh dari pohannya dan kupas kulit. Kacipkan isinya nipis-nipis dan jemurkan hingga kering. Gorangkan kacipan tersebut dengan minyak masak hingga kehitaman dan tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil satu sudu teh dan campurkan ke dalam air pansa, minum dua kali sehari hingga sembuh.
Sawan - Daun pandan yang kering dipohonnya, bakar dan ambil abunya serta campurkan dengan air pinang. Sapukan keseluruh badan sebagai bedak.
Zahir Batin - Telur ayam tiga biji ambil kuningnya, lada sulah tujuh biji, bawang merah sebiji, bawang putih seulas, mayang pinang sedikit, gaharu dikikiskan sedikit, digiling halus dan dicampurkan ramuan tersebut dengan kuning telur ke dalam mangkuk putih yang telah dituliskan rajah ini di dalamnya sebelum diminum.

Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.
- Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat dan gaulkan dengan minyak lenga (minyak bijan) dan kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia mengurangkan air pada alat kelamin wanita, nescaya bertambah nikmat.
Pacat Lintah - Bawalah sedikit tembakau apabila saudara ke dalam hutan atau sawah. Sekiranya anda digigit pacat atau lintah ambil sedikit tembakau dan celupkan kedalam air, serta perah dan titikkan airnya ke atas gigitan pacat atau lintah yang melekat itu. Untuk beberapa ketika pacat atau lintah akan tanggal dengan sendirinya dari kulit.
Tahan Darah - Lembabkan segumpal tembakau ke dalam air bersih, dan tepekkan ke atas luka yang sederhana serta balutkan dengan kain bersih. Biarkan dan jangan gerakkan bahagian yang mengalami luka. Darah akan terhenti dengan sendirinya.
Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera.
Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.
Bingung - Minum air rebusan limau nipis dan bunga cengkih setiap pagi.
Gigi Lubang - Giling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja, kesakitan akan reda.
Masalah Haid - Rebuskan sepuluh kuntum bunga cengkih, lima biji limau purut dan sepotong nanas batu. Amalkan minum air rebusan ini, suku gelas sebanyak dua kali sehari. Kedatangan haid akan teratur, hentikan setelah darah haid berhenti.
- Rebuskan 3 liter air, tiga biji limau purut, 11 kuntum bunga cengkih dan tawas sebesar jari telunjuk hingga mendidih. Minum airnya setelah dingin ketika tiba masa haid.
- Giling lumat sebuku ibu kunyit, ketumbar, buah pala, jintan hitam, bunga cengkih, kiambang dan daun seri gading. Rebuskan ramuan tersebut sampai mendidih. Tapiskan air rebusan tersebut sebelum meminumnya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Medu/Gastrik - Amalkan minum air rebusan yang dicampur dengan bunga cengkih.
Menguatkan Hati - Amalkan minum susu lembu asli yang telah dimasak dengan campuran bunga cengkih dan madu lebah asli.
Mual dan Pening - Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit kemenyan putih.
Muntah-muntah - Rebuskan segelas air dengan beberapa kuntum bunga cengkih dan minum airnya ketika suam tanpa gula.
Nafas - Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum. - Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih.kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tigahari sekali.
Peti Sejuk - Untuk menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.
Radang Hati - Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.
Sakit Gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih.
Selsema - Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalah 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.
Sembelit - Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.
Semut - Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.
Zahir Batin - Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersetubuh. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.
- Buah pala, bunga cengkih dan daun kertau ditumbuk lumat. Sapukan pada alat kelamin lelaki sebelum bersetubuh, ia menjadi bertambah kuat.

Amalan Mudah Setiap Hari

Amalan mudah setiap hari.
Di sini diceritakan amalan harian yang mudah diamalkan selain amalan petua lain. Ianya bertujuan untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. Setiap pagi kita bangun pagi sama ada bangun pukul 5, 5.30, 6 atau 6.30. adalah lebih baik jika bangun lebih awal dan elakkan dari terlebih tidur. Andai kata bangun pukul 6 pagi, buka saja mata ucapkanlah Alhamdulillah. Kemudian lakukan sedikit senaman ringan. Paling ringkas pun pusing pinggang kiri-kanan atau senaman regangan otot. Sebelum masuk bilik air minumlah segelas kecil air suam dan masuk bilik air.

Lakukan pembersihan badan seperti mandi dan gosok gigi dengan betul. Untuk memulakan mandian, mula dari bawah kaki dibawa ke atas badan sehingga ke atas kepala. Lakukan sekali dan mandi seperti biasa. Jika diamalkan boleh menghindarkan dari sakit dan pening kepala. Begitu juga ketika menggosok gigi. Jangan ambil ringan ketika memberus gigi. Gigi yang bersih boleh menjadikan minda yang baik dan terhindar dari batuk.

Malah sepanjang hari kita akan rasa selesa. Selepas mandi biarkan seketika sambil lap badan dengan tangan sebelum menggunakan tuala. Selepas selesai mandi, kenakanlah dengan pakaian yang sesuai, bersih dan disertakan dengan bau-bauan wangi. Solat subuh dua rakaat dan berdoa. Kemudian buat persiapan diri sama ada untuk ke tempat kerja atau ke tempat belajar. Ketika mengadap cermin, baca doa dan senyum selama 30 saat.

Pastikan sarapan pagi tidak ditinggalkan. Sarapan pagi sangat penting untuk pembentukan rutin makanan sepanjang hari. Oleh itu bersarapanlah setiap pagi mengikut amaun makanan yang cukup dan tidak berlebihan.
Pada tengah hari, makan tengah hari juga perlu dan tidak patut ditinggalkan.

Biarpun sedikit, tapi ianya perlu ambil. Ketika makan, jangan makan bersulamkan air. Makan dahulu dan tunggu seketika sebelum minum air. Dan amalkan minum air yang banyak. Jangan diselalukan minum air sejuk atau air batu. Sekali-sekala tak mengapa. Selepas makan tengah hari, berkumurlah untuk membersihkan dalam mulut. Selepas itu lakukan solat Zohor.

Pada waktu petang hadapilah hidangan petang dengan meminum teh atau kopi panas. Lakukan sedikit senaman ringkas atau senaman berat jika ada masa terluang. Lakukan senaman atau kerja yang mengeluarkan peluh selapas solat Asar. Kemudian pergi bersihkan diri dengan mandi. Lakukan mandian seperti pagi tadi dan jangan lupa berus gigi.

Pada waktu malam, selepas solat Magrib, lakukan pembacaan Al-Quran. Paling kurang pun satu muka surat. Kemudian lakukan solat Isya. Ketika hendak masuk tidur, baca doa-doa ringkas. Sebelum tidur, cuci muka dan berus gigi. Tidurlah pada waktu awal dan bangun untuk solat tahjut dua rakaat. Pada waktu pagi, lakukanlah seperti permulaan tadi.

Lakukanlah rutin ini setiap hari kerana ianya ringkas. Apa lagi! Jika susah nak fikir, buat saja macam ini. Yang lain-lain tu, pandai-pandailah tambah. Semoga kehidupan lebih ceria dan sihat. Secara ringkasnya, kesihatan perlu jaga seperti sarapan pagi, cara pemakanan, membersihan diri seperti mandi dan berus gigi, dan lain-lain. Selain itu solat jangan lupa. Kalau perkara lain buat, tapi solat tak buat, tak bestlah. Hidup tak sempurna. Oleh itu jaga kedua-duanya. Selamat mencuba.

Sakit kepala.
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum.
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

Membersihkan perut.
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.

Sakit tekak.
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa kali hingga hilang sakit tekak.

Hilangkan kesan campak muka.
Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa hari. Insyaallah ia akan hilang.

Hilangkan bau badan.

Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.

Tegang kulit.
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.

Jerawat?
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering dan bersihkan. Amalkan semasa naktidur dan bersihkan apabila bangun tidur. Selamat mencuba.

Kelebihan surah Al-Fatihah.
Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh.
Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.
Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.

Kelebihan surah Al-Mulk.
diriwayatkan At tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. "surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur".
"Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"

Meningkat kekuatan Akal

Pada zaman Salafus soleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.
LARANGAN
Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.
Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk memajukan diri sendiri.

Cara Makan Rasullulah S.A.W

Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Dunia Perubatan

Dalam dunia perubatan seringkali kita dikaitkan dengan perubatan cara barat yang dikatakan moden dan berkesan. Namun harus kita ingat, kita juga mempunyai perubatan cara kita sendiri, yang diamalkan oleh orang tua-tua kita, yang saya lihat mereka adalah jauh lebih sihat daripada kita hari ini. Mereka tidak punya alat-alat moden tetapi masih mampu hidup sihat dan awet muda. Mereka tidak mengalami kesan sampingan seperti yang dialami oleh perubatan moden. Sepatutnya kita cuba belajar dari orang-orang tua kita ilmu kesihatan ini, bukan sekadar dijadikan jalan terakhir andai perubatan moden tidak berkesan.Telah jelas kepada kita, perubatan-perubatan tradisional mempunyai kesan yang mujarab terhadap penyakit-penyakit, bukan sekadar menutup penyakit tersebut tetapi menyembuhkan mereka sama sekali. Contoh jelas, perubatan cina (senseh), akupuntur, ayurveda dan perubatan melayu telah berjaya menyembuhkan penyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden, seperti darah tinggi dan kencing manis. Jadi jangan kita lepas pandang dan melupakan ilmu yang ada pada orang-orang tua kita, kelak ia lenyap ditelan masa, kitalah jua yang kerugian.Berikut merupakan serba sedikit petua-petua untuk dikongsikan:
BUANG AIR BESAR BERDARAH
Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.
LEMAH RASA BADAN
Ambikan daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampur dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Kemudian diminum dan anda akan merasai kesegarannya semula.
KELEMUMUR
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampoo yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampoo. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.
MELICINKAN BETIS

Ambilkan limau nipis dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tunggu hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.
DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.
RAWAT TUMIT RETAK
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.
KUDIS API
Ambil beberapa urat akar tuba. Setelah itu tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit santan kelapa. Sapukan ramuan itu pada kudis api dan teruskan amalan ini sehingga kudis tersebut hilang. Cubalah untuk memastikan kejayaannya.
ELAKKAN TANGAN MELEPUH
Sebelum membuat kerja berat seperti mencangkul, hancurkan dua atau tiga biji bawang merah. Kecil atau besar. Setelah itu, lumurkan pada tapak tangan. Lakukanlah kerja yang dimaksudkan tadi. InsyaAllah, tangan anda akan terelak dari melepuh.
GIGI LEBIH KUAT
Tumbukkan sedikit halia dengan garam. Setelah itu campurkan dengan air. Berkumurlah menggunakan campuran air halia itu setiap hari. Insya Allah gigi anda akan menjadi lebih kuat.
MENGURANGKAN PANAS DI KEPALA
Ambilkan akar lalang, basuh hingga bersih. Rendamkan dengan air sejuk semalaman. "Sapulah air itu di kepala esok pagi. Anda akan rasa kesejukan air rendaman akar lalang itu. Amalkan sekali seminggu.
TERLEKAT CECAIR GETAH DI RAMBUT
Ambil secawan tepung gandum dicampur sedikit air agar ia menjadi pekat. Campuran ini disapukan ke bahagian rambut yang terkena getah. Kemudian terus menyikat. Getah akan keluar dengan senang tanpa rasa sakit atau kesan di kepala anda..
TERSELIUH DAN LEBAM
Ambil beberapa biji isi buah pala dan tumbuk halus sambil dicampurkan sedikit air. Kemudian ambil sebiji bawang merah tunggal lalu ditumbuh bersama buah pala tadi. Apabila sudah cukuk lumat campurkannya pula sebiji garam jantan. Selepas baha-bahan itu sudah lumat bungkus dalam daun pisang (dibuat seperti pais) dan dipanggang. Apabila sudah panas, ia diangkat dan disejukkan sedikit. Kemudian lekapkan di bahagian terseliah dan lebam-lebam tadi serta diikat dengan kain.
UBAT SEMPUT
Ambil dua atau tiga helai daun 'Hati-hati atau 'Ati-ati hijau. ( mestilah yang hijau), serta secubit kapur sirih. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur kemudian sapukan di dada dan dibelakang kanak-kanak yang mengidap asma tadi. Atau boleh juga di cuba dengan mengambil 2-4 helai daun, ini direbus bersama dua cawan air sehingga menjadi kira-kira secawan sahaja. Berilah anak anda minum. Boleh juga direbus dengan sedikit gula batu jika anda suka. Insya Allah cara ini dapat membantu mengurangkan batuk serta kesesakkan nafas anak.
BENGKAK KAKI WAKTU HAMIL
Satu cara mengatasinya ilah campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukanlah pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawalah tiga kali. Seelok-eloknya disapu waktu hendak tidur. Insya Allah lihatlah hasilnya..
DEMAM KUNING
Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda. Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping itu anda hendaklah juga menila lampinnya. Cubalah, insya Allah.Atau boleh di cuba cara ini. Jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan ini. Campurkan air tadi bersama air sejum. Biarkan ia suam terlebih dahulu..
MENAMBAH AIR SUSU
Daun turi muda direbus ketika mengandungkan bayi menyebabkan ibu akan mempunyai air susu yang banyak bila anak berkenaan dilahirkan..
SAKIT KEPALA
Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudah ditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan kepala dan menghilangkan sakit kepala..
SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya..
URAT BETIS TIMBUL
Bagi ibu-ibu yang merungut kerana timbul urat betis semasa melahirkan anak bolehlah mencuba dengan merebus segenggam kacang hijau (jangan bubuh apa-apa kecuali air hingga mendidih tetapi jangan sampai kacang itu pecah. Biarkan hingga air tinggal satu gelas. Kemudian angkat dari api itu. Biarkan dingin. Makanlah setiap pagi dan sebelum tidur malam. Sebelum tidur setiap malam angkatlah kedua kaki anda setinggi boleh menggunakan bantal atau apa-apa bantuan lebih kurang 10 minit. InsyaAllah.
DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
RUAM PANAS
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya..
BERAK BERDARAH
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh.

Nasihat Org Tua Tua

Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti “aku tak akan sesat di dalam hutan”.Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut
Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air
Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali
Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air
Sebagaimana kata orang tua-tua “Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami”. Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.
Menurut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri
Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat
Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat
Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur
Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar
Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.


Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan.
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
Bau mulut.

Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
Resedung.

Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata.

Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin.

Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas.

Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telinga bernanah

Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah

Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban

Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut

Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
Membuang tahi lalat hidup

Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam

Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat

Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki

Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
Daun petai cina ubat seri muka

Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
Kudis buta

Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
Cacar air

Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
Menghilangkan bau ketiak

Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
Menghilangkan parut cacar air.

Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Gatal-gatal malam

Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
Gatal-gatal pada kemaluan perempuan

Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.
Gatal Kulit

Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Menghilangkan Bulu Ketiak

Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang

Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
Bisa-bisa tulang

Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi

Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
Kencing manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
Demam kuning

Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
Penyakit kuning

Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.
Pening Kepala

Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.
Ubat Kencing Batu

Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik

Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong == 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
Sakit Kepala

Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
Cirit-BiritRamuannya;

bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya). Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
Kencing Tidak Lawas

Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Menyembuhkan Luka

Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.
Menyembuhkan sakit gigi

Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
Untuk mendapat anakRamuannya

;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.
Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan. Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
Untuk mengubati penyakit batu karang

Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
Penawar racun dan sengatan binatang berbisa

Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati, kemudian diminum.
Penawar jika dipatuk ular

Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.
Penawar gigitan anjing gila

Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
Untuk merawati masalah batuk kering

Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.
Penawar sesak nafas

Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
Penyakit gagap

Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa

Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.
Benjol dan luka yang teruk

Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
Mempercepatkan penumbuhan rambut

Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
Mata berselaput

Bahan-bahannya;Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu, kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Penjagaan badan supaya sentiasa langsing

Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
Pelembap muka

Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.
KHASIAT
Khasiat buah betik ubat sedu

Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.
Kopi halia ubat kembung

Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.
Khasiat dari akar kayu sengugut

Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.
Khasiat pucuk jambu

Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.
Khasiat daun pisang

menghaluskan telapak tanganBila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.
Khasiat bunga raya

masalah gugur rambutCari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.
Khasiat daun jarak

Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang. Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.
Khasiat dari akar kelapa

Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya. Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus. Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.
Khasiat dari ubi jalar

Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.
Khasiat buah mentimun
Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.
Khasiat memakan belalang beras

Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking. Jika sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan.

Ahad, 4 Julai 2010

GSF Rig 134.


Aku telah ditawarkan bekerja di offshore pada tahun 2001 sebagai seorg Western Cook.

Tugas utama aku adalah menyediakan hidang barat diatas rig 134 dimana aku dihantar kesitu.

pada mulanya agak was was juga mampukah aku melaksanakan tugas tersebut sepertimana sewaktu aku bekerja di hotel...perasaan aku sukar nak digambarkan tapi aku harus mencuba untuk meraih pengalaman yang baru pula...sementelah agak lama berkhidmat di merata hotel.

Masih ingat lagi Aku,Hj izham dan zainal terpaksa pergi ke kemaman utk menghadiri temuduga di sebuah syarikat catering yg terletak di Kg Tengah waktu itu (bangunan UMNO)

Pada mulanya agak nervous jugak tapi demi impian ingin mencuba terpaksalah mengharungi juga.akhirnya kami diterima bekerja.

Seminggu selepas mengadiri temuduga itu..aku telah di arahkan untuk pergi ke singapura untuk bekerja diatas rig 134..pada mulanya agak gementar juga sbb aku sorang saja yg diarahkan pergi dulu..ingatkan bertiga.

Setelah selesai urusan imigresan di tambak johor aku telah dijemput seseorg dan dibawa pergi ke TUAS,setiba disana alangkah kagumnya aku melihat rig134."begini rupanya yang dipanggil rig"

Setelah aku diperkenalkan dengan ketua aku...dan diberi penerangan ttg tugas dan tanggungjawap..aku telah diarahkan untuk bertugas pada shift malam bersama sorang teman yang bernama BOB...dialah yg banyak mengajar aku."terima kasih bob"...sempatlah dia mengajak aku berjalan jalan ke BOON LAY menaiki bas double decker...hahhahah.

Setelah 2 minggu berada di singapore,sampailah masa utk rig 134 berlayar@towing ke terengganu water...perjalanan mengambil masa seminggu...mabuk free jugaklah ketika itu..memandangkan aku tak biasa belayar.

Apa yang aku nampak ketika itu hanyalah disekelilingi oleh lautan yg luas..memandangkan tiada talifon ketika itu,risau juga mengenangkan family yg ditinggalkan di KL.tapi apa boleh buat dah itu pilihan aku.

Oklah..takde yg menarik sepjg towing tu...nanti aku cerita bila sampai di first location.


PCSB MEDICAL EXAMINER

Agak payah hendak mencari klinik untuk medical check up for offshore ni yg terletak di KL ni,puas dah aku google cuma yang ni jer yg ada.

Untuk sesiapa yg ingin memudahkan keja takyah gi kemaman disini ada aku masukkan beberapa nama klinik yg diiktirafkan oleh PCSB

KLINIK PERDANA & XRAY
PT9924,Jln BBN 1/3G,
Putra Point Fasa 2A,
Putra Nilai,71800,
Nilai,N9

Drs.Young,Newton dan Rakan Rakan
4,Jln Ampang,50450,
Kuala Lumpur

Klinik Berkat
75-4A,Jln Memanda 1,
Ampang Point,68000,
Ampang,Selangor

Pantang Larang Orang Melayu

Pantang Larang Orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang Larang Wanita Hami
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh . Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin . Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar
supaya bekerja dengan baik... Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20
minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam
air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian
dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam
selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.
Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang
mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.

Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara

1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya

2) sedekah amal jariah

3) ilmu yg bermanfaat

Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dengan amal mulia kita ini, InsyaAllah

Lalat Pemusnah Bakteria.. Baik Untuk Kesihatan?

Masih ingat sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat? “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit.”
Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat.
Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Pada tahun 1947, Ernestein dari Inggris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.
Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.
Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad..

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya……… !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang…. ……… !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut….

BAD DAY

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
You tell me your blue skies fade to grey
You tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces everytime
And I don't need no carryin' on

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Well you need a blue sky holiday
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

(Oh.. Holiday..)

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong (yeah, yeah, yeah, yeeeah)

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day

(Oh, yeah, yeaaah, yeah)
Had a bad day
(Oh, had a bad day)
Had a bad day
(Oh, yeah, yeah, yeeeeah)
Had a bad day
(Oh, had a bad day)
Had a bad day...
Had a bad day...

THROUGH THE RAIN

I know its hard
In a world gone mad
To find the truth
To understand
And I know its hard
To turn the page
To walk the line
To have the faith

But sometimes when its light
And you can see
Sometimes when this world
Just seems to be so cold
Sometimes when youre lost at sea
Drowning in your pain
Sometimes the sun shines through the rain

I know its hard
In a world so cold
To feel the love
I know its hard
And I know its true
That in the end
We all find our way
And thats life my friend

But sometimes when its light
And you can see
Sometimes when this world
Just seems to be so cold
Sometimes when youre lost at sea
Drowning in your pain
Sometimes the sun shines through the rain

World keeps turning
Nothing changes
Hope this time
We can rearrange the stars
It cant be that hard no

Sometimes when its light
And you can see
Sometimes when this world
Just seems to be so cold
Sometimes when youre lost at sea
Drowning in your pain
Sometimes the sun shines through the rain

Sometimes when its light
And you can see
Sometimes when this world
Just seems to be so cold
Sometimes when youre lost at sea
Drowning in your pain
Sometimes the sun shines through the rain

Ooo let it shine
Shine through the rain
Ooo let it shine
Shine through the rain
Sometimes the sun shines through the rain
Dont you know its gonna shine yea
Shining down on you
Sometimes the sun shines through the rain

DON'T KNOW WHAT YOU GOT TILL IT'S GONE

I can't tell ya baby what went wrong
I can't make you feel what you felt so long ago
I'll let it show
I can't give you back what's been hurt
Heartaches come and go and all that's left are the words
I can't let go
If we take some time to think it over baby
Take some time, let me know
If you really want to go

Don't know what you got till it's gone
Don't know what it is I did so wrong
Now I know what I got
It's just this song
And it ain't easy to get back
Takes so long

I can't feel the things that cause you pain
I can't clear my heart of your love it falls like rain
Ain't the same
I hear you calling far away
Tearing through my soul I just can't take another day
Who's to blame
If we take some time to think it over baby
Take some time let me know
If you really wanna go

Don't know what you got till it's gone
Don't know what it is I did so wrong
Now I know what I got
It's just this song
And it ain't easy to get back
Takes so long

Do you wanna see me beggin' baby
Can't you give me just one more day
Can't you see my heart's been draggin' lately
I've been lookin' for the words to say

Don't know what you got till it's gone
Don't know what it is I did so wrong
Now I know what I got
It's just this song
And it ain't easy to get back
Takes so long

Don't know what you got till it's gone no
Don't know what it is I did so wrong
Now I know what I got
It's just this song
And it ain't easy to get back
Takes so long

THE SILENCE

When you're drowning,
when you're freezin',
when you're feeling cold
There's a light in the darkness
as the elder always told.
When the winter's coming closer
and the autumn's passing by,
Then the world will sink in slience
and I think we all should try.
Oh, I wanna live my life in a fairy tale
Where the end is always good and never sad.
Show me the way to another world
Where the sun is always shining in the and
And we fight back the tears, and we lose our fears,
Let the world remain in silence for a while
Sun in our minds in a world full of ice,
Let silence remain for a little while.

Somebody came and slammed the door,
took the feelin' away from our hearts.
And the horror took hold of a place
in our hearts filled with love.

What is left behind the ice,
behind the make up and the lies
Tell me what goes on inside our minds,
There is a hole in our sky,
getting bigger, growing wide
No more answer, but we hold the line
See and hear what we have done to us all,
we wanna be free more than anything,
Do you hear what I say to you?
We will make it through, the sun shall shine.

Hear the words we say and see the light of day
We never will be free until the sun is shining for us all
Carry on, carry on and make our dreams come true
And for a little while we stay together
Carry on, carry on, may all our lovin' stay
And for a little while we stay together, forever
Together, forever.